Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar
atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika
kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies
tumbuh-tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies
pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies
katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi
sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi
seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahan air.
Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini,
kita dapat lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilaporkan hampir
pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan
semakin menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu di lautan juga semakin
terancam. Menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu, kajian
mereka menunjukkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5,665 ekor penyu mentarut
tetapi pada tahun 1994 hanya tinggal 2,247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan
bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan
generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies penyu ini.
FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN
Pencemaran
Ø
Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin
pupus.
Ø
Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan
pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan
manusia yang suka mengotorkan laut.
Ø
Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di
negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh
juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan
makanan utama habitat ini.
Pembukaan Tanah Baru
Ø
Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah-tanah rancangan oleh
Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh-tumbuhan.
Masalah pembalakan haram
Ø
Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti
dan Cengal.
Ø
Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman
Negara.
Ø
Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan
yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan
tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan
binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan
tanah juga akan berlaku.
Pembakaran Hutan
Ø
Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera
telah menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan
terancam.
Pemburu Haram
Ø
Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah
merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan
ini.
Ø
Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut
keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.
Ø
Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap
bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.
Ø
Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan
terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang
perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang
sedikit sahaja.
Peningkatan Suhu Dunia
Ø
Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora
dan fauna di Malaysia.
Ø
Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan
fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti
‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.
Ø Fenomena
yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan
sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan
tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan
kepupusan hidupan ini.
LANGKAH-LANGKAH MENGATASI
Ø
Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan.
Ø
Mengiktirafkan lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman
laut atau taman negara dengan keluasan yang mencukupi.
Ø Akta
Kualiti Alam Sekitar (EQA)1974 - Pembuangan sisa minyak ke laut didenda
RM50,000.
Ø
Mengetatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah
pembalakan haram.
Ø
Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang.
Ø Menjalankan
usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya
usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.
Ø
Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan
Ø
Peraduan menulis esei , puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )
KESIMPULAN
Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh-tumbuhan
dan haiwan-haiwan semulajadi. Untuk mencegah kepupusan ini daripada terus
berlaku, manusia memainkan peranan yang penting dalam menjayakan kegiatan ini.
Selamatkanlah alam sekitar kita supaya generasi-generasi akan datang masih
dapat menghayati keindahannya.
Disediakan oleh Tan Ying Chian (207483)
BRUH YOUR MUM GAY
ReplyDeletebetul tu
ReplyDelete