Wednesday, March 29, 2017

PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN HAIWAN DAN TUMBUHAN DI MALAYSIA

Tahukah anda Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) meramalkan bahawa harimau akan pupus dalam masa 12 tahun lagi, jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera! Setelah kehilangan tiga subspesies harimau, iaitu spesies Bali, Jawa dan Caspian, kini hanya tinggal lebih kurang 3 200 ekor harimau daripada enam subspesies lain.

Justeru itu kita perlulah bersama-sama memastikan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dapat meneruskan kelangsungan hidup bagi semua haiwan-haiwan ini.

Pemuliharaan



Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan dan memelihara sumber alam semula jadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Pemeliharaan




Pemeliharaan pula bermaksud usaha mengekalkan keadaan asal sumber-sumber alam semula jadi daripada musnah.

Langkah-Langkah Pemuliharaan dan Pemeliharaan


1. Penguatkuasaan undang-undang



- Menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar
- Mengawal kegiatan pembalakan haram
- Mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan
- Contoh penguatkuasaan undang- undang untuk memelihara flora dan fauna yang hampir pupus    seperti Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974, Pembuangan sisa minyak di laut di denda sebanyak  RM 50,000. dan sebagainya.

2. Hutan Simpanan



- Memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam
- Senarai Hutan Lipur dan Hutan Simpan di Malaysia.
  • Taman Negara Bako-Teluk terpencil, tanjung berbatu serta tebing curam yang mempesona berhadapan dengan Laut China Selatan yang luas.
  • Taman Negara Endau - Rompin-Taman Negara Endau - Rompin merupakan hutan hujan yang tertua di dunia (130 juta tahun!) dan tempat tinggal badak sumbu Sumatera yang kian pupus.
  • Taman Negara Bukit Lambir-Kolam air yang berwarna kehijau-hijauan dan bukit batu pasir yang mengagumkan menjadikan kawasan ini destinasi percutian yang mempesona.
  • Taman Laut Tunku Abdul Rahman-Taman laut yang mengandungi lima buah pulau ini menawarkan pelbagai kemudahan, pantai yang putih bersih dan aktiviti snorkel dan boleh dikunjungi dengan menaiki bot selama 20 minit dari Kota Kinabalu.
  • Taman Negara Batang Ai-Hutan hujan yang luas ini menjadi tempat tinggal hidupan liar seperti orang utan dan burung kenyalang. Ia juga mempunyai sebuah hotel bertaraf 5-bintang.
  • Taman Negara Gunung Mulu-Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747.
  • Lembah Danum-Lembah Danum yang indah merupakan kawasan pemuliharaan yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan liar serta pemandangan alam sekitar yang mempesonakan.
  • Taman Negara Similajau-Taman pinggiran pantai sepanjang 30 km ini mempunyai pantai paling indah di negeri Sarawak.
  • Taman Laut Pulau Payar-Taman laut indah yang memaparkan keajaiban laut diganding dengan kemudahan sempurna membolehkan pelancong mendekati alam semulajadi.
  • Taman Kinabalu-Gunung tertinggi di Malaysia (4,101m) menyediakan pendakian yang mencabar dan pemandangan yang sungguh mengagumkan.
  • Hutan Simpan Belum-Hutan Simpan Belum ialah hutan simpan dara yang terluas di Semenanjung yang belum pernah diteroka serta kawasan perlindungan yang kaya dengan pelbagai hidupan liar.
  • Taman Negara Tanjung Datu-Walaupun kecil, taman negara ini melindungi hutan hujan dara dan juga terumbu karang laut yang terletak hanya 100 meter antara satu sama lain.
  • Taman Negara Gunung Gading-Tarikan utama Gunung Gading ialah bunga Rafflesia yang besar. Inilah salah satu tempat terbaik untuk melihat tumbuhan yang jarang ditemui ini.
  • Taman Negara Tanjung Piai-Tanjung Piai merupakan kawasan lindungan pantai pinggiran paya bakau, tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar yang unik.


3. Tanam Semula



-Masalah pembalakan haram - Laporan Trade Records of Flora dan Fauna menyebut di antara tahun  1986 dan Jun 1990 - Lebih 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah  kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Oleh itu perlu penanaman semula untuk  memelihara ekosistem di Malaysia.
- Tanam semula pokok bagi menggantikan pokok yang telah ditebang.
- Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan.

4. Pendidikan



- Meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar dan persekitarannya.
- Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia 
- Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986 
- Peraduan menulis esei, puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

5. Pembalakan secara berpilih

- Hanya menebang pokok yang matang

6. Santuari

- Mewujudkan tempat perlindungan haiwan dan tumbuhan

7. Pusat pembiakan

- Membiakkan haiwan yang hampir pupus

8. Kitar Semula

- Menggunakan bahan seperti kertas  

2 comments:

  1. Bagus la laman ni. Saya dah banyak cari maklumat dekat sana sini tapi juma pun apa yang nak nak. Laman ni memang bagus. Yay! Boleh la saya siapkan projek sains saya dengan segara. Terima kasih��

    ReplyDelete