Wednesday, March 29, 2017

KEPENTINGAN PEMULIGARAAN DAN PEMELIHARAAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

1. Makanan 

Manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat .

2. Ubat-ubatan 

Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada
haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya .

3. Sumber bahan mentah

  • Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas . 
  • Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .

4. Keseimbangan alam sekitar 

  • Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam . 
  • Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis . 
  • Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara . 
  • Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun . 
  • Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .


5. Sumber air 

Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi 
empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia.

6. Rekreasi 

Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti
riadah dan rekreasi manusia. Ia juga menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .

7. Ekonomi 

Hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak ,
damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .


PEMULIHARAAN DAN PEMELIHARAAN HAIWAN DAN TUMBUHAN DI MALAYSIA

Tahukah anda Dana Hidupan Liar Sedunia (WWF) meramalkan bahawa harimau akan pupus dalam masa 12 tahun lagi, jika tiada inisiatif pemuliharaan dilakukan dengan segera! Setelah kehilangan tiga subspesies harimau, iaitu spesies Bali, Jawa dan Caspian, kini hanya tinggal lebih kurang 3 200 ekor harimau daripada enam subspesies lain.

Justeru itu kita perlulah bersama-sama memastikan langkah-langkah pemuliharaan dan pemeliharaan dapat meneruskan kelangsungan hidup bagi semua haiwan-haiwan ini.

Pemuliharaan



Pemuliharaan bermaksud usaha memulihkan dan memelihara sumber alam semula jadi dengan bijak dan sistematik supaya dapat dinikmati oleh generasi akan datang.

Pemeliharaan




Pemeliharaan pula bermaksud usaha mengekalkan keadaan asal sumber-sumber alam semula jadi daripada musnah.

Langkah-Langkah Pemuliharaan dan Pemeliharaan


1. Penguatkuasaan undang-undang



- Menguatkuasakan Akta Perhutanan Negara dan Akta Perlindungan Hidupan Liar
- Mengawal kegiatan pembalakan haram
- Mencegah perdagangan haram haiwan dan tumbuhan
- Contoh penguatkuasaan undang- undang untuk memelihara flora dan fauna yang hampir pupus    seperti Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA) 1974, Pembuangan sisa minyak di laut di denda sebanyak  RM 50,000. dan sebagainya.

2. Hutan Simpanan



- Memastikan tumbuhan dan haiwan di dalamnya tidak terancam
- Senarai Hutan Lipur dan Hutan Simpan di Malaysia.
  • Taman Negara Bako-Teluk terpencil, tanjung berbatu serta tebing curam yang mempesona berhadapan dengan Laut China Selatan yang luas.
  • Taman Negara Endau - Rompin-Taman Negara Endau - Rompin merupakan hutan hujan yang tertua di dunia (130 juta tahun!) dan tempat tinggal badak sumbu Sumatera yang kian pupus.
  • Taman Negara Bukit Lambir-Kolam air yang berwarna kehijau-hijauan dan bukit batu pasir yang mengagumkan menjadikan kawasan ini destinasi percutian yang mempesona.
  • Taman Laut Tunku Abdul Rahman-Taman laut yang mengandungi lima buah pulau ini menawarkan pelbagai kemudahan, pantai yang putih bersih dan aktiviti snorkel dan boleh dikunjungi dengan menaiki bot selama 20 minit dari Kota Kinabalu.
  • Taman Negara Batang Ai-Hutan hujan yang luas ini menjadi tempat tinggal hidupan liar seperti orang utan dan burung kenyalang. Ia juga mempunyai sebuah hotel bertaraf 5-bintang.
  • Taman Negara Gunung Mulu-Taman Negara Gunung Mulu mengandungi rangkaian-rangkaian gua yang terpanjang di dunia dan di sini juga terletaknya 'Sarawak Chamber' iaitu ruang bawah tanah terbesar di dunia yang boleh menampung empat puluh biji kapal terbang Boeing 747.
  • Lembah Danum-Lembah Danum yang indah merupakan kawasan pemuliharaan yang kaya dengan tumbuhan dan hidupan liar serta pemandangan alam sekitar yang mempesonakan.
  • Taman Negara Similajau-Taman pinggiran pantai sepanjang 30 km ini mempunyai pantai paling indah di negeri Sarawak.
  • Taman Laut Pulau Payar-Taman laut indah yang memaparkan keajaiban laut diganding dengan kemudahan sempurna membolehkan pelancong mendekati alam semulajadi.
  • Taman Kinabalu-Gunung tertinggi di Malaysia (4,101m) menyediakan pendakian yang mencabar dan pemandangan yang sungguh mengagumkan.
  • Hutan Simpan Belum-Hutan Simpan Belum ialah hutan simpan dara yang terluas di Semenanjung yang belum pernah diteroka serta kawasan perlindungan yang kaya dengan pelbagai hidupan liar.
  • Taman Negara Tanjung Datu-Walaupun kecil, taman negara ini melindungi hutan hujan dara dan juga terumbu karang laut yang terletak hanya 100 meter antara satu sama lain.
  • Taman Negara Gunung Gading-Tarikan utama Gunung Gading ialah bunga Rafflesia yang besar. Inilah salah satu tempat terbaik untuk melihat tumbuhan yang jarang ditemui ini.
  • Taman Negara Tanjung Piai-Tanjung Piai merupakan kawasan lindungan pantai pinggiran paya bakau, tempat tinggal pelbagai jenis hidupan liar yang unik.


3. Tanam Semula



-Masalah pembalakan haram - Laporan Trade Records of Flora dan Fauna menyebut di antara tahun  1986 dan Jun 1990 - Lebih 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kelulusan jumlah  kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Oleh itu perlu penanaman semula untuk  memelihara ekosistem di Malaysia.
- Tanam semula pokok bagi menggantikan pokok yang telah ditebang.
- Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan.

4. Pendidikan



- Meningkatkan kesedaran orang awam tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan hidupan liar dan persekitarannya.
- Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar..Contohnya usaha-usaha pihak pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang jumlah hanya 600 ekor seluruh Malaysia 
- Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986 
- Peraduan menulis esei, puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita )

5. Pembalakan secara berpilih

- Hanya menebang pokok yang matang

6. Santuari

- Mewujudkan tempat perlindungan haiwan dan tumbuhan

7. Pusat pembiakan

- Membiakkan haiwan yang hampir pupus

8. Kitar Semula

- Menggunakan bahan seperti kertas  

TUMBUHAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN

Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.

Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.

Bagaimana pun sesetengah bunga telah pun pupus disebakan faktor persekitaran.Berikut adalah senarai 10  bunga yang jarang dilihat dan hampir pupus

1. Bunga Pakma (Rafflesia arnoldii)






Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

2. Jade Vine (Strongylodon macrobotrys)





Bunga Jade Vine adalah bunga yang hidup dihutan hujan tropika di Filipina. Pepohon bunga ini adalah termasuk dalam keluarga kekacang dan berkait erat dengan kacang merah. Memiliki bunga yang tumbuh menggantung dari cabang-cabang sehingga mencapai hingga tiga meter panjangnya. Warna bunga ini adalah hijau kebiruan. Spesies ini telah terbukti sukar untuk membiak dan dianggap sebagai spesies yang semakin pupus.

3. Pohon Franklin (Franklinia alatamaha)





Bunga  ini adalah sebahagian dari keluarga teh ,berasal dari lembah sungai Altamaha Georgia ini, telah pupus sejak awal abad ke 19 lagi. Memiliki bunga yang berwarna putih dan beraroma harum ketika mekar dan daun yang berubah warna menjadi merah terang sewaktu musim gugur .

4. Koki’o (Kokai cookei)






Bunga yang mempunyai bahagian seakan akan bunga raya ini ditemui pada tahun 1860 di kepulauan Hawaii. di mana waktu itu hanya terdapat tiga spesimen yang boleh ditemui. Pohon ini boleh tumbuh sampai tinggi sekitar 10-11 meter.Yang menarik tentang pohon ini adalah ratusan bunga merah yang dihasilkan pada setiap tahun di pokok yang telah matang 

5. Gibraltar Campion (Silene tomentosa)


Bunga ini hanya boleh ditemui dilereng lereng gunung di Gibraltar. Di Gibraltar masih ada beberapa spesis yang dapat ditemui. Tetapi sayangnya, pada tahun 1992, semua jejak tanaman ini telah lenyap dan akhirnya pupus. Kemudian pada tahun 1994 seorang pendaki telah menjumpai spesis tunggal dan membawanya untuk dibiakkan. sekarang bunga ini tumbuh di The Almeda Gibraltar Botanic Gardens serta Royal Botanic Gardens di London.

6. Paruh Kakak Tua (Lotus berthelotii)






Bunga yang indah ini terdapat di Kepulauan Canary. Pendebungaan bunga ini diyakini dibantu oleh burung sunbird, yang  sudah lama pupus di Kepulauan Canary. Hal ini menyebabkan bunga ini jarang dilihat lagi.


7. Middlemist Merah (Middlemist kamelia)





Tanaman ini pada awalnya dibawa ke Inggeris dari China oleh John Middlemist pada tahun 1804. Bunganya berwarna merah muda cerah dan terlihat hampir menyerupai bunga mawar.


8. Kosmos Cokelat (Cosmos atrosanguineus)






Dengan warna merah gelap ,bunga ini merupakan salah satu spesies dari Cosmos, yang berasal dari Mexico. Memiliki ukuran diameter sekitar 3-4 cm. Bunga-bunga ini memiliki bauan vanilla, yang juga membuatnya menjadi tanaman hiasan yang indah.

9. Lady Slippers Kuning dan Ungu (Cypripedium calceolu)





Pepohon dari jenis anggerik liar ini dijumpai di Eropah. Contoh tanaman ini yang berada di Inggeris, dapat ditemui di padang golf dan telah berada di bawah perlindungan polis yang ketat sejak tahun 1917. Setangkai tunggal bunga ini boleh dijual dengan harga 5000 Dollar AS.




10. Anggerik Hantu (Epipogium aphyllum)






Bunga Anggrek Hantu merupakan tanaman yang telah pupus selama hampir 20 tahun, tetapi baru-baru ini telah jumpai semula. Tanaman ini sangat jarang dilihat kerana sukar untuk berkembang biak. Kerana tidak memiliki daun untuk proses fotosintesis bagi penghasilan makanan sendiri. Tanaman ini memerlukan kulat tertentu untuk sumber pemakanan.

HAIWAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN

Bilangan haiwan-haiwan ini dikatakan semakin berkurang dengan sangat drastik sehingga ada juga dakwaan mengatakan  bahawa sebahagian darinya sudah mengalami kepupusan. Berikut adalah haiwan yang dikatakan tadi.

1.Black Shrew




Black Shrew (Tikus Hitam?) sangat jarang ditemui, hinggakan saiz sebenarnya tidak diketahui. Walaubagaimanapun, beberapa saksi yang pernah menemuinya mengatakan haiwan ini adalah dalam lingkungan 20 - 100mm. Satu spesimen ini pernah ditemui di Gunung Kinabalu, Sabah. Sehingga kini, tiada data statistik diperolehi bagi haiwan ini dan dikhuatiri telah pupus.

2. Badak Sumatra




Badak Sumatra merupakan spesies badak yang paling kecil dengan berat dalam lingkungan 500 - 800 kg. Selalu ditemui di kawasan berpaya dan hutan hujan, badak ini menjadi rebutan pemburu yang inginkan tanduknya.

3. Tapir Malayan



Tapir Malayan ini merupakan spesies tapir / cipan / tenuk / badak tampung yang paling besar berbanding 3 lagi spesies yang ada di dunia. Uniknya tapir ini kerana warna nya dengan tompokan putih dan hitam memudahkan nya untuk melakukan proses penyamaran. Oleh kerana kulitnya yang tebal dan kebolehan berlari dengan pantas, maka tapir ini jarang ditangkap oleh pemangsa lain, kecuali manusia!

4. Kancil



Kancil merupakan haiwan bijak yang selalu muncul dalam kisah-kisah penglipurlara rakyat Malaysia. Dengan saiz nya yang sangat kecil, haiwan ini hanya memakan buah dan juga daun-daun. Boleh ditemui di Malaysia, Borneo dan Indonesia.


 5. Orang Utan


Secara asasnya terdapat 2 jenis orang utan, iaitu spesies Sumatra dan juga spesies Borneo. Orang utan merupakan haiwan yang bijak dan dikatakan hidupan kedua yang paling bijak di dunia selepas manusia. Namun jumlah nya kini semakin menurun yang dikaitkan dengan aktiviti pembalakan dan penebangan hutan.

6. Penyu


Penyu boleh menyelam dan berada dalam air untuk tempoh yang lama, tetapi ia mestilah timbul ke permukaan air untuk bernafas. Penyu menggunakan paru-paru untuk bernafas. Kesemua spesies penyu diancam bahaya kepupusan disebabkan mengalami banyak ancaman semulajadi dan ancaman manusia sepanjang hayat mereka. Di Malaysia, Rantau Abang, Terengganu, merupakan salah satu daripada 4 tempat Penyu Belimbing yang mendarat untuk bertelur.


7. Gajah



Gajah juga diancam kepupusan disebabkan permintaan terhadap gading gajah yang bernilai tinggi. Krisis berkenaan mengenai gading gaja telah berlaku begitu lama sejak era 1980-an lagi dan hampir 60,000 gajah dibunuh antara tahun 1979 hingga 1989 sahaja. Oleh itu beberapa tempat telah dijadikan sebagai habitat gajah yang telah diancam kepupusan ini.


PENGENALAN

Di Malaysia pada penghujung 1989 anggaran 18.5 juta hektar atau 56.3 peratus daripada bumi di Malaysia diliputi hutan. Hutan hujan tropika kaya dengan flora dan fauna. Di semenanjung Malaysia lebih kurang 8000 spesies tumbuh-tumbuhan berbunga yang direkodkan dan 2500 daripadanya ialah spesies pokok. Dari segi faunanya 200 spesies mamalia , 115 spesies ular , 80 spesies katak dan 80 spesies cicak telah disenaraikan. Hutan bukan sahaja berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna tetapi mempunyai kepelbagaian fungsi seperti sumber ubat-ubatan dan kawasan tadahan air. 

Dalam membincangkan tentang kepupusan flora dan fauna ini, kita dapat lihat bagaimana orkid hutan yang cantik telah dilaporkan hampir pupus, faktor ini mungkin disebabkan oleh keadaan bumi dan perilaku manusia dan semakin menggugat kestabilan alam. Hidupan seperti penyu di lautan juga semakin terancam. Menurut laporan Pusat Santuari Penyu Rantau Abang, Terengganu, kajian mereka menunjukkan bahawa pada tahun 1986 terdapat 5,665 ekor penyu mentarut tetapi pada tahun 1994 hanya tinggal 2,247 ekor sahaja. Ini jelas menunjukkan bahawa kepupusan penyu mentarut ini jika tidak dibendung akan menyebabkan generasi akan datang tidak lagi mengenali spesies penyu ini. 

FAKTOR – FAKTOR KEMUSNAHAN DAN KEPUPUSAN 

Pencemaran 

Ø Keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik semakin pupus. 

Ø Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh semakin pupus disebabkan pencemaran air terutamanya disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. 

Ø Beruang panda yang merupakan habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China semakin pupus disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini. 

Pembukaan Tanah Baru 

Ø Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah-tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh-tumbuhan. 

Masalah pembalakan haram 

Ø Pembalakan haram iaitu menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. 

Ø Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. 

Ø Apabila kegiatan pembalakan dijalankan, ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu lari dan mati. Seterusnya hakisan tanah juga akan berlaku.

Pembakaran Hutan 

Ø Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera telah menyebabkan spesis-spesis yang berada di kawasan tersebut musnah dan terancam.

Pemburu Haram 

Ø Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini. 

Ø Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan binatang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. 

Ø Pemintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. 

Ø Harimau Malaya merupakan satu spesis yang semakin terancam kerana pemburuan terhadapnya semakin tinggi. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja. 

Peningkatan Suhu Dunia 

Ø Faktor peningkatan suhu dunia ini juga merupakan punca utama kepupusan flora dan fauna di Malaysia. 

Ø Faktor perubahan iklim ini bukanlah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia. 

Ø Fenomena yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan sesetengah spesis haiwan dan tumbuh-tumbuhan terancam terutamanya haiwan dan tumbuhan yang tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini. 



LANGKAH-LANGKAH MENGATASI 

Ø Penanaman hutan semula, menghadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan.

Ø Mengiktirafkan lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi, taman laut atau taman negara dengan keluasan yang mencukupi. 

Ø Akta Kualiti Alam Sekitar (EQA)1974 - Pembuangan sisa minyak ke laut didenda RM50,000.

Ø Mengetatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram.

Ø Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang. 

Ø Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.

Ø Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan 

Ø Peraduan menulis esei , puisi dan kempen-kempen (Cintailah Sungai kita ) 

KESIMPULAN 

Kepupusan flora dan fauna ialah kemusnahan dan kepupusan tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan semulajadi. Untuk mencegah kepupusan ini daripada terus berlaku, manusia memainkan peranan yang penting dalam menjayakan kegiatan ini. Selamatkanlah alam sekitar kita supaya generasi-generasi akan datang masih dapat menghayati keindahannya.

Disediakan oleh Tan Ying Chian (207483)