Wednesday, March 29, 2017

TUMBUHAN YANG DIANCAM KEPUPUSAN

Bunga mengandungi organ-organ tumbuhan, dan fungsinya ialah untuk menghasilkan biji-biji melalui pembiakan. Untuk tumbuhan-tumbuhan yang bertaraf lebih tinggi, biji-biji merupakan generasi yang berikut, dan bertindak sebagai cara yang utama untuk penyebaran individu-individu sesuatu spesies secara luas. Selepas persenyawaan, sebahagian daripada bunga itu akan berkembang menjadi buah yang mengandungi biji-biji.

Selain fungsi praktikal pembiakan, bunga lazimnya cantik. Manusia telah lama mengagumi bunga dan menggunakannya bagi mengindahkan sekitaran mereka, dan juga sebagai objek cinta, upacara, agama, perubatan dan malah sumber makanan.

Bagaimana pun sesetengah bunga telah pun pupus disebakan faktor persekitaran.Berikut adalah senarai 10  bunga yang jarang dilihat dan hampir pupus

1. Bunga Pakma (Rafflesia arnoldii)






Bunga Pakma atau Rafflesia merupakan s sejenis tumbuhan berbunga dengan bunga yang besar, dan bunga Pakma spesies Rafflesia arnoldii merupakan yang terbesar di dunia dengan saiz 91 cm (3 kaki) diameter, 1.9 cm (3/4 inci) tebal dengan berat 7 kilogram (15 lbs). Bunga Pakma yang pertama telah direkodkan oleh Sir Stamford Raffles dan Dr Joseph Arnold pada tahun 1816. Bunga Pakma spesies itu diberi nama Rafflesia arnoldii sempena nama mereka. Bunga Pakma itu dijumpai di bandar Bengkulu (Bencoolen) di Sumatera. Bunga Pakma adalah bunga rasmi negara Indonesia dan juga negeri Sabah di Malaysia.

2. Jade Vine (Strongylodon macrobotrys)





Bunga Jade Vine adalah bunga yang hidup dihutan hujan tropika di Filipina. Pepohon bunga ini adalah termasuk dalam keluarga kekacang dan berkait erat dengan kacang merah. Memiliki bunga yang tumbuh menggantung dari cabang-cabang sehingga mencapai hingga tiga meter panjangnya. Warna bunga ini adalah hijau kebiruan. Spesies ini telah terbukti sukar untuk membiak dan dianggap sebagai spesies yang semakin pupus.

3. Pohon Franklin (Franklinia alatamaha)





Bunga  ini adalah sebahagian dari keluarga teh ,berasal dari lembah sungai Altamaha Georgia ini, telah pupus sejak awal abad ke 19 lagi. Memiliki bunga yang berwarna putih dan beraroma harum ketika mekar dan daun yang berubah warna menjadi merah terang sewaktu musim gugur .

4. Koki’o (Kokai cookei)






Bunga yang mempunyai bahagian seakan akan bunga raya ini ditemui pada tahun 1860 di kepulauan Hawaii. di mana waktu itu hanya terdapat tiga spesimen yang boleh ditemui. Pohon ini boleh tumbuh sampai tinggi sekitar 10-11 meter.Yang menarik tentang pohon ini adalah ratusan bunga merah yang dihasilkan pada setiap tahun di pokok yang telah matang 

5. Gibraltar Campion (Silene tomentosa)


Bunga ini hanya boleh ditemui dilereng lereng gunung di Gibraltar. Di Gibraltar masih ada beberapa spesis yang dapat ditemui. Tetapi sayangnya, pada tahun 1992, semua jejak tanaman ini telah lenyap dan akhirnya pupus. Kemudian pada tahun 1994 seorang pendaki telah menjumpai spesis tunggal dan membawanya untuk dibiakkan. sekarang bunga ini tumbuh di The Almeda Gibraltar Botanic Gardens serta Royal Botanic Gardens di London.

6. Paruh Kakak Tua (Lotus berthelotii)






Bunga yang indah ini terdapat di Kepulauan Canary. Pendebungaan bunga ini diyakini dibantu oleh burung sunbird, yang  sudah lama pupus di Kepulauan Canary. Hal ini menyebabkan bunga ini jarang dilihat lagi.


7. Middlemist Merah (Middlemist kamelia)





Tanaman ini pada awalnya dibawa ke Inggeris dari China oleh John Middlemist pada tahun 1804. Bunganya berwarna merah muda cerah dan terlihat hampir menyerupai bunga mawar.


8. Kosmos Cokelat (Cosmos atrosanguineus)






Dengan warna merah gelap ,bunga ini merupakan salah satu spesies dari Cosmos, yang berasal dari Mexico. Memiliki ukuran diameter sekitar 3-4 cm. Bunga-bunga ini memiliki bauan vanilla, yang juga membuatnya menjadi tanaman hiasan yang indah.

9. Lady Slippers Kuning dan Ungu (Cypripedium calceolu)





Pepohon dari jenis anggerik liar ini dijumpai di Eropah. Contoh tanaman ini yang berada di Inggeris, dapat ditemui di padang golf dan telah berada di bawah perlindungan polis yang ketat sejak tahun 1917. Setangkai tunggal bunga ini boleh dijual dengan harga 5000 Dollar AS.




10. Anggerik Hantu (Epipogium aphyllum)






Bunga Anggrek Hantu merupakan tanaman yang telah pupus selama hampir 20 tahun, tetapi baru-baru ini telah jumpai semula. Tanaman ini sangat jarang dilihat kerana sukar untuk berkembang biak. Kerana tidak memiliki daun untuk proses fotosintesis bagi penghasilan makanan sendiri. Tanaman ini memerlukan kulat tertentu untuk sumber pemakanan.

31 comments:

  1. Replies
    1. Disebabkan faktor persekitaran.. boleh baca penuh ya.. ada kat pendahuluan blog..

      Delete
    2. Kerana aktiviti manusia seperti penerokaan kawasan hutan

      Delete
  2. Terima kasih kerana telah menolong saya untuk membuat kerja rumah sains saya..😊😁

    ReplyDelete
  3. Why?? I can't find what I want in all of blogs that I visited...πŸ˜žπŸ˜”

    ReplyDelete
  4. Thanks, sebab awak telah tolong saya buat homework.....🀭🀭😘😘😘😘😘.

    ReplyDelete
  5. nama tumbuhan ini sangat unik saya amat suka

    ReplyDelete
  6. Bagaimana sainstis mengetahui tumbuhan yang telah pupus

    ReplyDelete
  7. sbb jarang jumpa tu yang diancam kepupus
    an

    ReplyDelete
  8. Terima kasih sebab tolong saya siapkan homework

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih saya sudah tahu jenis2 nama pokok jarang ditemui.semoga dimurahkan rezeki

      Delete
  9. Saya suka.. Terima kasih πŸ˜ƒ

    ReplyDelete
  10. apa yg cgu suruh buat telah pun siap! πŸ˜ƒ.. Tq sbb tlg πŸ€—

    ReplyDelete
  11. Terima kasih sebab bagi pengetahuan bagus

    ReplyDelete
  12. Kalau macam ni senang lah nak buat kerje sekolah _^^

    ReplyDelete
  13. banyaknya tumbuhan yang tak tahu lagi

    ReplyDelete
  14. TERIMA KASIH SANGAT-SANGAT SEKARANG SAYA BOLEH MENYIAPKAN KERJA SEKOLAH ❤︎❤︎❤︎

    ReplyDelete
  15. Ini blog bagus, saya dapat siapkan kerja rumah saya dengan cepatπŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
  16. saya nak tanya,adakah daun salam atau serai kayu hampir pupus?

    -_-

    ReplyDelete
  17. Thank you for help me doing my homework

    ReplyDelete