Wednesday, March 29, 2017

KEPENTINGAN PEMULIGARAAN DAN PEMELIHARAAN HAIWAN DAN TUMBUHAN

1. Makanan 

Manusia bergantung pada tumbuhan dan haiwan untuk makanannya .Masih banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum diterokai tetapi berpotensi untuk membekalkan makanan kepada populasi manusia dunia yang semakin meningkat .

2. Ubat-ubatan 

Semua ubat-ubat tradisi dan sebahagian besar daripada bahan kimia ubat moden diperoleh daripada
haiwan dan tumbuhan . Masih terdapat banyak spesies tumbuhan dan haiwan yang belum sempat dikaji tetapi mempunyai potensi untuk merawat penyakit-penyakit seperti barah , AIDS dan sebagainya .

3. Sumber bahan mentah

  • Kayu balak merupakan satu sumber yang sangat penting dalam pembinaan rumah dan perabot serta membuat kertas . 
  • Hasil keluaran seperti kulit haiwan , madu , rotan , damar dan sebagainya berasal daripada tumbuhan dan haiwan .

4. Keseimbangan alam sekitar 

  • Tumbuhan dan haiwan memainkan peranan yang sangat penting dalam siratan makanan dan keseimbangan alam . 
  • Tumbuhan hijau menolong mengekalkan kandugan gas oksigen dalam atmosfera yang perlu untuk haiwan dan manusia bernafas . Sebaliknya haiwan dan manusia membebaskan gas karbon diosida yang diperlukan oleh tumbuhan dalam fotosintesis . 
  • Tumbuhan menapis kebanyakan debu dalam udara serta menyerap gas kasbon dioksida dan dengan itu membantu mengawal pencemaran udara . 
  • Tumbuhan memperlahankan aliran air hujan dan dengan itu mengelakkan banjir , hakisan tanah dan tanah runtuh daripada berlaku semasa hujan turun . 
  • Tumbuhan melindungi permukaan bumi daripada sinaran langsung cahaya matahari , langsung mengurangkan penyejatan air dan membantu menyejukkan permukaan bumi .


5. Sumber air 

Tumbuhan dalam hutan hujan merupakan kawasan tadahan air yang sangat penting untuk mengisi 
empangan dan membekalkan keperluan air kepada manusia.

6. Rekreasi 

Kepelbagaian haiwan dan tumbuhan mengekalkan keindahan semula jadi alam sekitar untuk aktiviti
riadah dan rekreasi manusia. Ia juga menjadi satu daya tarikan kepada pelancong dan menyumbang kepada ekonomi negara .

7. Ekonomi 

Hasil keluaran tumbuhan dan haiwan seperti hasil tanaman , hasil tangkapan ikan , kayu balak ,
damar ,ubat-ubatan , kulit dan sebagainya memberikan pendapatan kepada negara .


No comments:

Post a Comment